Monday, March 10, 2008

PERANG AHZAB


PERANG AHZAB

Perang Ahzab atau Perang Khandak ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini mengumpulkan suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.
  • Sebahagian maklumat dari Perang Muslim dan Quraisy
    Tarikh : 627 Masihi
    Tempat : Madinah
    Hasil : Kemenangan Islam
    Pihak yang terlibat : Orang Islam, Quraisy dan sekutunya
    Ketua : Nabi Muhammad s.a.w (islam) dan Abu Sufyan ibni Harb (yahudi)
    Kekuatan : 3,000 (islam),10000 ( yahudi)
    Didahului oleh : Perang Uhud
    Pertempuran Muslim pada tahun : 627 M
    Diikuti oleh : Perang Khaibar
Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.
Kaum Quraisy ingin menumpaskan kesemua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Ribuan pasukan yang terdiri dari puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Asad, bani Kilab, bani Syaiban, bani Ghatfan dan hampir seluruh kabilah yang sepakat akan menyerang kaum muslimin.
Mereka semua berjumlah tidak kurang daripada 10 ribu orang sedangkan di pihak Islam berjumlah 3000 orang sahaja. Mereka berkumpul dan mengepung dari Utara Madinah. Sementara itu, pakatan Kaum Yahudi Madinah daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah menyaksikan penyatuan golongan yang membenci agama Allah ini dalam memerangi Rasulullah SAW dan Islam yang diperjuangkan oleh mereka.
Setelah peristiwa pembunuhan Kaab bin Asyraf, seorang yahudi yang menghina Nabi SAW dan Islam pada tahun 4 Hijrah, kebencian golongan Yahudi ini membuak-buak sehinggakan mereka sanggup menyatakan bahawa agama sesat golongan quraisy Mekah adalah lebih baik daripada Islam sedangkan mereka merupakan golongan yang mengetahui Al Kitab dan beriman dengan Nabi Allah Musa A.S.
Dengan pimpinan Kaab bin Asad yang dihasut oleh Huyayy bin Akhtab, kedua-dua pemimpin yahudi laknat ini telah berpakat sesama mereka dan bersatu dengan musyrikin Makkah untuk menyerang Madinah. Salman al farisi telah mencadangkan kepada Nabi SAW supaya membuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat memasuki Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam.
Pada saat kedatangan tentera Ahzab ini, kaum Yahudi menyerang kaum muslimim dari belakang dan tentera musyrikin menyerang dari arah hadapan.Tentera bersekutu Ahzab kafir seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.
Rasullulah SAW telah berdoa sebagaimana riwayat dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, Rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan: "Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka."
Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh. Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur, dengan pertolongan Allah S.W.T bala tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh kaum tentera muslimin yang sedikit.
Allah S.W.T menggambarkan keadaan ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat." (al-Ahzab: 9-11).
Pengajaran perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan orang kafir untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Golongan yang menegakkan agama Allah SWT sentiasa akan diuji dengan serangan yang dilakukan oleh pakatan Ahzab moden yang sangat membenci Islam.
Dunia hari ini memperlihatkan golongan kafir bersepakat dalam melakukan serangan yang dilakukan kepada negara ummat Islam. Islam, syariat Islam, serta golongan yang memperjuangkan Islam sentiasa menjadi sasaran mereka.
Tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan orang orang beriman dizaman dahulu. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah. Daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya, kebencian golongan kafir terhadap agama Allah SWT sangat membuak-buak dan mereka sentiasa bersedia untuk menghancurkan Islam dan ummatnya pada hari ini.
Tetapi mereka mesti ingat, Allah menjanjikan pertolongan bagi orang-orang beriman dan mengazab musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari.
Selain dalam peperangan Ahzab, Allah S.W.T juga telah menolong kaum muslimin dalam peperangan-peperangan yang lain seperti yang berlaku didalam peperangan Badar, Uhud dan Khaibar. Sesungguhnya al- Maunah (pertolongan Allah) pasti datang apabila kita ikhlas dalam perjuangan Islam.

6 comments:

aisa said...

salam wahai ukhtiey.semoga chat walafiat bersama orang yang tersayang..ni nk gtau ni,asal tajuk kita sama r.susahlah sy nk comment.xpalah......sama tajuk tp xsama isi kan?.okey........tp kecil sgt ssh nk bcnya..xpalah teruskan menulis lg tuk kt sama2 tmbhkan lg ilmu pengetahuan kt....chaiyoo-chaiyoo...........good luck..

ina said...

salam alaik..tima kasih coz sdi bekgsi ilmu dgn ktorg sume..em,prg nie sgt menarik kisahnya n truskan mujahadah fi sabilillah..

Irshadiah Addiniah said...

tahniah sebab dpt hasilkn keje2 dakwah cmni...truskn usaha..

mestika_87 said...

salam.. bestlah.. cara penyusunan maklumat pun ok...
paper hal caiyo..chaiyo!!

badli said...

salam..perang ahzab..sy dh bc kamu..ckup menarik critanye..byk pengajaran yang dpt d ambil dr perang ini..trskan usaha k.

w.i.s.d.O.m said...

gudwork,gudjob,gudstory..
keep trying the best yaa..

sama2lah kte amik pengajaran dari citer ni ek.. smoga ia mberi manfaat kpd kite sume..

barakallahu fik daiman wa abadan..insyaAllah..
chayOo!!

p/s:- jgn lupa komen blog sy tau:D
tQ:D