Saturday, February 23, 2008

Perang Badar

Nasib Tawanan Perang Badar.

Para tawanan perang Badar oleh Rasullah S.A.W diberi kesempatan untuk menebus diri dengan wang mengikut kemampuan masing-masing iaitu antara seribu hingga empat dirham atau mengajar dan menulis kepada sepuluh anak muslimin jika tidak sanggup menebus dengan wang. Rasulluah S.A.W telah membahagikan barang-barang rampasan perang yang terdiri daripada seratus lima puluh unta, sepuluh ekor kuda, senjata, pakaian dan barang-barang dagangan mengikut ketentuan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.

Kebijaksanaan Rasulluah S.A.W dalam hal menyelesaikan nasib para tawanan perang Badar yang diambilnya setelah mendengar pendapat beberapa sahabat antaranya Abu Bakar dan Umar yang bersikap keras telah mendapat teguran halus dari Allah S.W.T dengan firman-Nya ayat 67 Surah Al-Anfaal yang bermaksud " Tidak patut bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia mendapat melumpuhkam musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi sedang Allah menghendaki pahala untukmu di akhirat. Sekiranya tidak ada ketepatan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu terima."

Beberapa Fakta tentang Perang Badar.

« Diriwayatkan bahawa untuk menghadapi pasukan kaum musyrikin dalam perang Badar, Allah S.W.T telah menurunkan beribi-ribu malaikat sebagai bala bantuan yang bertempur di samping pasukan Rasulullah S.A.W sebagaimana diceritakan di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Anfaal.

« Diriwayatkan bahawa dengan segenggam batu kerikil yang dilemparkan oleh Rasulullah S.A.W kearah pasukan Quraisy, setiap anggota pasukan mereka merasakan gangguan pada mata, hidung dan mulut mereka seolah-olah masuk debu yang tidak dapat dihalang sehingga menjadikan pandangan meraka kabur.

« Di antara orang-orang Quraisy yang ditawan oleh Rasulullah S.A.W dalam perang Badar terdapat pamannya sendiri, Abbas Bin Abdul Mutthalib dan dua orang saudaranya, Agil Bin Abi Thalib Bin Abdullah Muttalib dan Naufal Bin Haris Bin Abdul Muttalib. Walaupun ketiga-tiga anggota keluarganya yang terdekat, Rasulullah S.A.W tidak membebaskan mereka dengan hukuman yang dijatuhkan atas diri tawanan yang lain.


Kisah perang Badar ini telah disyariatkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 217 dan 218 dan Surah Al-Anfaal 5-19,41-47,60-71.